Sunday, November 27, 2011

Gambar2 Mesyuarat Ahli JawatanKuasa PARAMETIK 26/11/2011

Bismillahirrahmanirrahim, ini adalah gambar2 mesyuarat ahli jawatankuasa PARAMETIK atau Persatuan Pengamal Aura Metafizik pada 26/11/2011 baru-baru ini. Tarikh yang tertera pada gambar2 tersebut bukan tarikh sebenar kerana ralat pada setting kamera.

Mesyuarat tersebut diadakan  di kediaman Timbalan Yang Dipertua PARAMETIK, En Md Zin. Terima kasih diucapkan kepada beliau sekeluarga kerana telah menjamu kami dengan sarapan pagi, makan tengahari dan acara kemuncak, majlis makan durian... :-)

 





 

 

Thursday, November 17, 2011

Muqaddimah Syifa' AuraMetafizik

Bismillahirahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah s.w.t yang mentadbir sekelian alam yang zahir mahupun yang batin... Syukur ke Hadrat Ilahi, dengan izin dan limpah kurniaNya maka tercetus lah idea untuk saya membuka satu blog baru yang khusus untuk memaparkan kisah-kisah berkenaan dengan AuraMetafizik.

InsyaAllah, blog ini akan memaparkan tentang sejarah Akademi AuraMetafizik, Aktiviti-aktiviti Persatuan Pengamal AuraMetafizik, Kisah-kisah Rawatan dan pelbagai lagi kisah-kisah yang dapat memberi manfaat dan maklumat berguna kepada para pembaca sekelian...

wassalam